Qawi Lillahi Taa'la

my favorite instrument and song

Monday, 15 June 2015

الشوق لك يا رسول الله






Cuba bayangkan satu hari kita dekat akhirat ,
Sedang berlarian mencari seseorang ,
Kemudian kita lihat satu susuk tubuh ,
Yang sangat kita rindu ,
Yang sangat kita cinta
Kita tersenyum ,
Bahkan menangis kerana terlalu rindu ,
Terlalu suka bertemu dengannya .
Lalu kita berlari mendapatkan susuk tubuh tersebut ,
Akhirnya kita sampai di depan Baginda .

Kita katakan padanya,
" Ya Rasulullah , ashwaq ilaika . Aku rindu padamu Ya Rasulullah .
 Uhibbuka Ya Habiballah , aku cinta padamu wahai kekasih Allah , Isy'faa lii , syafaatkan daku."
Lantas Rasulullah memalingkan wajahnya daripada kita ,
Dan baginda katakan ,
" Pergilah kamu wahai fulan , KAMU BUKAN UMATKU . "Anta laisamin ummati."
 Baginda usir kita ,
Tidak mahu melihat wajah kita.. Allah Allahurabbi ,
Cuba bayangkan .

Apa kita rasa masa tu?
Sungguh , satu bala , satu kecelakaan dan kehinaan yang dasyat
 bila Nabi tak mengaku kita ni umat Baginda .
Ya Rasulullah ,
Assalammualaika Ya Habiballah ,
Sollun 'AlanNabi.. Setakat mengamalkan sunnahnya tetapi tidak memahaminya ,
tidak mencukupi untuk peroleh syafaat Rasulullah SAW .
Rasulullah hanya memberi syafaat kepada umatnya
yang mengenalinya melalui lubuk 'hati' yang paling IKHLAS
 Jangan cakap kita mencintai Rasulullah hanya dengan amalkan sunnah sedangkan
akhlak Rasulullah kita tinggalkan :'(

 Maafkan kami Ya Rasulullah
 Maafkan kami , berdusta dengan 'hati' kami sendiri
 Allahumma Solli Aala Sayyidina Muhammad

Tuesday, 5 May 2015

engkau permata islam jika terus tempuh dugaaan demi redhaNya


Dari dia tidak bertudung,
mula memakai tudung.
dari tudung singkat ,
mula labuhkan tudung.
Dari labuhkan tudung
mula melabuhkan lagi dan lagi.

Dari tangan terdedah,
mula ditutup baju lengan panjang.
dari ditutup dengan baju,
mula pakai sarung tangan.
Dari kaki terbuka,
mula tutup biar tak terdedah.

Ingat senang ke semua tu??..
ingat mudah ke nak tempuh semua tu?
Belum lagi tempuh cacian orang.
Belum lagi tempuh pandangan sedara mara.
Belum lagi tempuh kritikan kawan kawan.
 ye semua tu tak mudah...
dalam perit menerima kritikan dan kejian.


NAK TAHU APA YANG LAGI PERIT BAGI ORANG
YANG CUBA BERHIJRAH MENCARI SEKELUMIT REDHA ALLAH?

YANG PALING PERIT ADALAH
Bila orang pandang kita baik.
pandang kita sempurna.
pandang kita cukup terjaga.
sedangkan hati masih dicemari dosa-dosa.
sedangkan ilmu masih lagi tak ada apa-apa.
Lagha sini sana,kpop merata rata, ikhtilat entah kemana. gelak tak ingat dunia.Gedik terkinja2..

sedangkan orang ingat,
Muslimah bertudung labuh itu tinggi ilmunya.
Muslimah berpurdah itu baik akhlaknya.
Muslimah tertutup itu sempurna orangnya.
sedih bukan dianggap begitu?? sedangkan diri tak seindah itu.. ya allah :'(

Orang yang memandang itu tidak tahu apa muslimah itu rasa.
apa muslimah itu tempuh dalam waktu2 dia mencuba..
Orang itu tidak tahu.
muslimah itu kadang kadang rapuh, kadang kadang jatuh
kadang kadang tak utuh .
kadang kadang menyimpang jauh
muslimah itu kadang kadang tersasar.kadang kadang lebih berdosa dari pendosa
kadang kadang terpesong dari landasannya..

Orang itu tak tahu,
muslimah itu sama
manusia biasa
ada jiwa ada rasa..

Orang itu tidak tahu,
muslimah itu juga sedang berperang melawan nafsu dunia.
kerana dia sedar hatinya tidak sejernih yang orang lain kata.
Dia berusaha mencapai harapan orang orang yang berharap tiggi padanya.

Tabahlah muslimah,
andai jalan itu yang di pilih.
Allah telah pun memelihara kita telah menjaga kita.
Lalu, ia terpulang pada cara kita menjaga apa yang  Allah  jaga untuk kita.
"Islam datang dalam keadaan asing.
Dan ia akan kembali asing sebagaimana kedatangannya. Maka beruntunglah 
orang orang yang asing itu".

-Hadith Riwayat muslim-





Thursday, 9 April 2015

wanita solehah



ﺑِﺴْــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ِﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــــﻢ
ﺃﺷْﻬَﺪُ ﺃَﻥ ﻻَ ﺇِﻟَﻪَ ﺇِﻻَّ ﺍﻟﻠﻪُ.
ﻭَﺃَﺷْﻬَﺪُ ﺃَﻥَّ ﻣُﺤَﻤَّﺪًﺍ ﺭَﺳُﻮﻝُ ﺍﻟﻠﻪَ
 ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ َﻋﻠﻰ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪ
ٍ ﻭَ ﻋَﻠَﻰ ﺁِﻝ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪ

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Nasihat Terbaik Tentang Kaum Hawa.
© Perempuan tak bertudung tak semestinya jahat tetapi Nabi sudah pesan tak bertudung akan TERSIKSA DI AKHIRAT
© Perempuan jika ada boyfriend yang tak solat, elok tinggalkan dia. Kahwinlah dengan lelaki soleh yang bimbing ke jannah, bukan ke jahannam.
© Isteri yang terbaik adalah isteri yang meminta maaf segala dosa dari suaminya setiap hari sebelum tidur.
© Haram bagi seseorang isteri menaruh perasaan terhadap ajnabi (lelaki lain) selain suaminya.
© Wanita solehah tidak akan memalukan diri sendiri dan jaga batasan wanita
© Wanita yang menutup aurat itu memang belum tentu dijamin syurga tapi sekurangnya dia berusaha untuk menjadi ahli syurga.
© Wanita yang menutup aurat dengan sempurna ibarat pelangi yang cantik, indah mata memandag tetapi tidak boleh disentuh.
© Isteri solehah sentiasa berhias cantik untuk suaminya.  Dialah bidadari suaminya di dunia dan permaisuri agung di Jannah.
© Perempuan yang bertudung tetapi berbuat maksiat jangan dikeji dia bertudung tetapi tegurlah perbuatan maksiatnya.
© Perempuan yang bersalaman dengan suaminya akan gugur 20 dosa sebanyak mana jari dia dan suaminya ada.
© Wanita adalah hiasan dunia, sebaik-baik hiasan adalah wanita Solehah
© Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.
© Wanita yang cantik akan membuka mata lelaki. Wanita yang baik akan membuka hati lelaki.
© Perempuan yang garang sebelum kahwin adalah perempuan yang paling manja selepas kahwin.
© Wanita yang solehah lebih mahal nilainya dari lelaki yang soleh. Sebab apa? Sebab wanita yang solehah sukar ditemui.
© Perempuan yang menuntut cerai dari suaminya tanpa sebab yang munasabah, maka haramlah ia mencium bau syurga.
© Gunakanlah kecantikan hanya untuk suami.

Subhanallah...

Sunday, 8 February 2015

Doa bergelar solehah



  ✿Aku Cuma An-Nisaa Akhir Zaman
Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..
Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..
Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada
Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.
Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah
Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..
Ya Allah…
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah
Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..
Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad
Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan
Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!
Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku..
Aamiin..



Saturday, 31 January 2015

sumayyah


    Assalamualaikum...hari ni saya nak cerita kisah salah satu srikandi islam yang tabah dan kuat demi mempertahankan agamanya kerana Allah swt. Sumayyah..sebut nama sumayyah semua pernah dengar lagu nasid dari kumpulan hijjaz tapi sayang tak semua hayati kisah sumayyah termasuk saya sendiri,sedangkan lagu yang mengesahkan kisah wanita tabah ni da lame ada. bila da hayati kisah sumayyah subhanallahhh ! cukup buat air mata jatuh.

   
Sumayyah binti Khabath adalah hamba Abu Huzaifah bin Mughirah. Tuannye mengahwinkan Sumayyah dengan Yasir bin Amir, perantau dari Yaman ke Mekah. Bila Allah mengurniakan mereka seorang anak yang diberi nama Amar, Abu Huzaifah pun bebaskan Sumayyah daripada menjadi hambanya.
Bila Islam mula tersebar, keluarga Yasir antara golongan pertama memeluk islam. Sumayyah  tak gentar dengan amaran musyrikin Quraisy yang menyeksa dan membunuh sesiapa yang memeluk Islam.
Bila bangsawan Quraisy tahu Sumayyah dah memeluk Islam, mereka menyerbu sumayyah. Keluarga Amar ditangkap dan dibawa ke khalayak untuk diseksa.


“Mereka sudah menyahut ajaran Muhammad walaupun dilarang pihak atasan Quraisy. Kamu akan menerima balasan kerana ingkar perintah kami,” kata Abu Jahal kepada pengikutnya sambil menarik keluarga Yasir yang terikat ke kawasan padang pasir di luar kota Mekah.
“Mereka tidak serik dengan hukuman kita walaupun pengikut agama yang dibawa Muhammad telah diseksa oleh kita,” kata seorang bangsawan Quraisy yang berjalan di sebelah Abu Jahal.


“Kali ini saya tidak akan bebaskan mereka bertiga sehingga mereka mengaku berhala-berhala kita sebagai tuhan mereka,” tegas Abu Jahal yang mengacah tombaknye ke arah keluarga Yasir yang diseret secara kasar oleh pengikut Abu Jahal.
Mereka berhenti di kawasan lapang yang dipenuhi bongkah batu besar. Yasir, Amar dan Sumayyah ditanggalkan pakaian mereka dan diikat pada bongkah batu yang panas mendidih dipanah matahari padang pasir.
Kaki dan tangan mereka diikat ketat sehingga tidak dapat bergerak seinci pun. Abu Jahal, pembesar Quraisy dan pengikut setianya ketawa melihat penderitaan ketiga beranak itu. :'(

Kamu akan diseksa dengan lebih teruk seandainya kamu tidak mahu meninggalkan agama yang dibawa oleh Muhammad saw. Kamu akan dibebaskan jika kamu sanggup mengaku berhala-berhala di kota Mekah ini sebagai tuhan kamu,” Abu Jahal mula mengambil tali sebat bagi menakutkan Yasir, Sumayyah dan Amar.
“Kami tidak akan mengaku berhala-berhala itu sebagai tuhan kami. Hanya Allah Tuhan kami,” balas Yasir dengan tenang.
“Saya beriman dengan Allah sahaja,” kata Sumayyah pula.
“Berani kamu melawan kata-kata saya,” api kemarahan Abu Jahal semakin membara mendengarkan kata-kata Sumayyah itu tadi.


“Ini balasan kepada kamu kerana enggan menerima berhala-berhala sebagai tuhan kamu,” Abu Jahal dan pengikutnya mula menyebat tubuh Yasir, Sumayyah dan Amar dengan kejam. Hinggakan darah mengalir daripada tubuh mereka yang terikat pada bongkah batu yang panas dipanah matahari.
Berita penyeksaan keluarga Yasir sampai ke pengetahuan Nabi SAW sehingga baginda dan Abu Bakar keluar bagi menyelamatkan keluarga tersebut daripada seksaan kejam Abu Jahal dan pengikutnya. Namun, mereka dihalang oleh orang2 Quraisy yang menyaksikan seksaan terhadap keluarga Yasir.


Hati Abu Jahal semakin sakit melihat reaksi Yasir, Sumayyah dan Amar yang masih enggan menerima berhala sebagai tuhan mereka. Dia mengarahkan pengikutnya memakaikan baju besi terhadap ahli keluarga tersebut agar bahang matahari semakin menyeksa mereka.
“Kita lihat berapa lama kamu boleh menahan seksa di tengah-tengah kepanasan matahari ini,” sindir Abu Jahal sambil memandang wajah Yasir dan Sumayyah dengan bengis.
“Tiada tuhan melainkan Allah,” kata Yasir, Sumayyah dan Amar merintih dalam kesakitan memakai baju panas.
“Letakkan batu besar ke atas badan Yasir !,” arah Abu Jahal lagi kerana geram mendengar kata-kata Yasir sekeluarga.


Seksaan demi seksaan ke atas Yasir menyebabkan fizikalnya menjadi lemah kerana usianya yang sudah lanjut. Akhirnya, Yasir menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan menyebut nama Allah tanpa menerima agama berhala Abu Jahal.
Walaupun hati Sumayyah hancur melihat suaminya mati akibat seksaan Abu Jahal yang kejam, dia gembira kepada suaminya mati dalam menegakkan agama Allah.
“Kamu pun mahu mati seperti suami kamu. Lebih baik kamu terima tawaran saya sebelum ajal kamu tiba!” Abu Jahal mahu menunjukkan yang seksaannya mampu mengubah pendirian pengikut Nabi Muhammad kepada ajaran berhala.


“Jangan kamu berharap saya akan menurut kata2 kamu itu. Tiada Tuhan melainkan Allah,”. Hati Sumayyah keras seperti batu teguh pada keimanannya pada Allah.
“Kamu sudah semakin degil dan melawan kata2 saya!” Abu Jahal mengambil tombak dari tangan kanannya lalu dicucuk ke dalam alat sulit Sumayyah.
“Allahu Akbar”. Begitulah kata terakhir Sumayyah sebelum menghembuskan nafasnya akibat tikaman tombak Abu Jahal.

 Kematian Sumayyah dengan nama Allah di mulutnya demi mempertahankan keimanan pada Allah adalah peristiwa penting dalam sejarah pengembangan agama Islam. Sumayyah adalah wanita pertama mati syahid dalam sejarah Islam.

inilah kisah terakhir sumayyah... walaupun dia lahir asalnya agama dia bukan dari agama islam tapi dia yakin agama islam agama benar sampai dia sanggup diseksa hingga mati demi agama Allah SWT. da tahu kisah sumayyah terfikir sejenak ''apa aku buat untuk agama aku?''. Allahu...