Qawi Lillahi Taa'la

my favorite instrument and song

Monday, 4 August 2014

SAHABAT JANNAH KU




Pernah Rasulullah s.a.w. ditanya oleh para sahabat, 
“Apakah ciri-ciri seorang manusia yang boleh dijadikan sebagai teman yang baik? 


Baginda s.a.w. menjawab (dengan maksud),
 “Dia adalah teman yang bersama-sama membantu kita ketika mana kita mengingati Allah s.w.t. dan dia jugalah yang memberi peringatan kepada kita ketika mana kita alpa dan lalai dalam mengingati-Nya”.

Sahabat bertanya lagi, 
“Apakah pula ciri-ciri sahabat yang tidak baik?” 

Baginda s.a.w. membalas (dengan maksud), “Dia adalah teman yang bukan sahaja tidak membantu kita semasa kita mengingati Allah s.w.t. malahan dia juga tidak menegur semasa kita alpa dalam dosa dan maksiat.”

Cuba kita tanya diri kita. Siapakah sahabat kita sekarang?
Mungkin kita ramai kawan di luar sana. Di universiti, di kampung, di Facebook, di mana-mana sahaja. Tapi, dalam seramai kawan kita itu, berapa ramaikan yg benar2 merupakan sahabat kita yang sejati?
Teman sejati bukanlah mereka yg sentiasa berada di samping kita. Tetapi teman yg baik adalah teman yg sering mengajak kita untk melakukan amal kebaikan.
Teman yang baik juga saling tegur-menegur bukan kerana untuk menunjuk kepandaiannya tetapi bimbang akan sahabatnya daripada terjerumus kepada dosa dan kemurkaan Allah Ta’ala.
Renungilah dan hayatilah bagaimana Rasulullah s.a.w. mengajar kita mencari seorang sahabat yang sejati.
Betapa Allah Taala memuliakan sebuah persahabatan sehingga menjadi suatu yang diirikan oleh golongan para Nabi a.s. dan para syuhada.
Syaratnya, persahabatan yang terjalin hendaklah di atas landasan iman dan taqwa. Kasih sayang antara mereka adalah untuk masing-masing melihat pembentukan diri yang dihalatujukan untuk memperoleh keredhaan Yang Maha Esa.
Cubalah kita cerminkan kembali kepada diri kita. Adakah insan yang rapat dan hampir dengan kita memiliki ciri-ciri sepertimana yang diajar oleh Allah Ta’ala dan rasul-Nya? Atau adakah diri kita sendiri yang merupakan sahabat kepada orang lain turut memiliki ciri-ciri ini?
Renungi diri kita, adakah selama kita berkawan dengan mereka, pembinaan diri kita dari segi ilmu, akhlak dan segenap aspek kehidupan kita hanya ditujukan untuk mendapat keredhaan-Nya atau adakah sebaliknya?