Sahabat bertanya lagi,
“Apakah pula ciri-ciri sahabat yang tidak baik?”
Baginda s.a.w. membalas (dengan maksud), “Dia
adalah teman yang bukan sahaja tidak membantu kita semasa kita
mengingati Allah s.w.t. malahan dia juga tidak menegur semasa kita alpa
dalam dosa dan maksiat.”
Cuba kita tanya diri kita. Siapakah sahabat kita sekarang?
Mungkin
kita ramai kawan di luar sana. Di universiti, di kampung, di Facebook,
di mana-mana sahaja. Tapi, dalam seramai kawan kita itu, berapa ramaikan
yg benar2 merupakan sahabat kita yang sejati?
Teman
sejati bukanlah mereka yg sentiasa berada di samping kita. Tetapi
teman yg baik adalah teman yg sering mengajak kita untk melakukan
amal kebaikan.
Teman
yang baik juga saling tegur-menegur bukan kerana untuk menunjuk
kepandaiannya tetapi bimbang akan sahabatnya daripada terjerumus kepada
dosa dan kemurkaan Allah Ta’ala.
Renungilah dan hayatilah bagaimana Rasulullah s.a.w. mengajar kita mencari seorang sahabat yang sejati.
Betapa
Allah Taala memuliakan sebuah persahabatan sehingga menjadi suatu yang
diirikan oleh golongan para Nabi a.s. dan para syuhada.
Syaratnya,
persahabatan yang terjalin hendaklah di atas landasan iman dan taqwa.
Kasih sayang antara mereka adalah untuk masing-masing melihat
pembentukan diri yang dihalatujukan untuk memperoleh keredhaan Yang Maha
Esa.
Cubalah
kita cerminkan kembali kepada diri kita. Adakah insan yang rapat dan
hampir dengan kita memiliki ciri-ciri sepertimana yang diajar oleh Allah
Ta’ala dan rasul-Nya? Atau adakah diri kita sendiri yang merupakan
sahabat kepada orang lain turut memiliki ciri-ciri ini?
Renungi
diri kita, adakah selama kita berkawan dengan mereka, pembinaan diri
kita dari segi ilmu, akhlak dan segenap aspek kehidupan kita hanya
ditujukan untuk mendapat keredhaan-Nya atau adakah sebaliknya?
No comments:
Post a Comment