Qawi Lillahi Taa'la

my favorite instrument and song

Monday, 4 August 2014

SAHABAT JANNAH KU




Pernah Rasulullah s.a.w. ditanya oleh para sahabat, 
“Apakah ciri-ciri seorang manusia yang boleh dijadikan sebagai teman yang baik? 


Baginda s.a.w. menjawab (dengan maksud),
 “Dia adalah teman yang bersama-sama membantu kita ketika mana kita mengingati Allah s.w.t. dan dia jugalah yang memberi peringatan kepada kita ketika mana kita alpa dan lalai dalam mengingati-Nya”.

Sahabat bertanya lagi, 
“Apakah pula ciri-ciri sahabat yang tidak baik?” 

Baginda s.a.w. membalas (dengan maksud), “Dia adalah teman yang bukan sahaja tidak membantu kita semasa kita mengingati Allah s.w.t. malahan dia juga tidak menegur semasa kita alpa dalam dosa dan maksiat.”

Cuba kita tanya diri kita. Siapakah sahabat kita sekarang?
Mungkin kita ramai kawan di luar sana. Di universiti, di kampung, di Facebook, di mana-mana sahaja. Tapi, dalam seramai kawan kita itu, berapa ramaikan yg benar2 merupakan sahabat kita yang sejati?
Teman sejati bukanlah mereka yg sentiasa berada di samping kita. Tetapi teman yg baik adalah teman yg sering mengajak kita untk melakukan amal kebaikan.
Teman yang baik juga saling tegur-menegur bukan kerana untuk menunjuk kepandaiannya tetapi bimbang akan sahabatnya daripada terjerumus kepada dosa dan kemurkaan Allah Ta’ala.
Renungilah dan hayatilah bagaimana Rasulullah s.a.w. mengajar kita mencari seorang sahabat yang sejati.
Betapa Allah Taala memuliakan sebuah persahabatan sehingga menjadi suatu yang diirikan oleh golongan para Nabi a.s. dan para syuhada.
Syaratnya, persahabatan yang terjalin hendaklah di atas landasan iman dan taqwa. Kasih sayang antara mereka adalah untuk masing-masing melihat pembentukan diri yang dihalatujukan untuk memperoleh keredhaan Yang Maha Esa.
Cubalah kita cerminkan kembali kepada diri kita. Adakah insan yang rapat dan hampir dengan kita memiliki ciri-ciri sepertimana yang diajar oleh Allah Ta’ala dan rasul-Nya? Atau adakah diri kita sendiri yang merupakan sahabat kepada orang lain turut memiliki ciri-ciri ini?
Renungi diri kita, adakah selama kita berkawan dengan mereka, pembinaan diri kita dari segi ilmu, akhlak dan segenap aspek kehidupan kita hanya ditujukan untuk mendapat keredhaan-Nya atau adakah sebaliknya?

Friday, 25 July 2014

kuatkan diri kerana Agama mu

 

suram...
sesuram di hati,
mengapa kau menangis wahai diri?
merasakan dunia tidak lagi bererti,
adakah kau meragui kasihnya Ilahi?
mengapa tidak yakin adanya Allah bersamamu,
kau mencari-cari..
meraba-raba dalam gelap hatimu..
bingung, nanar dalam ramai,
tak mengerti mengapa ini
yang harus kau hadapi,
kau menanti
bilakah akan kau peroleh
apa yang kau harapkan,
merasakan Tuhan tidak
lagi endah kepadamu,
tidak lagi sudi memandangmu.


Jangan begitu wahai diri,
dengarkan apa kata Tuhanmu..

"Hai anak Adam,
sesungguhnya engkau selama mana
engkau berdoa dan berharap kepadaKu,
Aku ampuni bagi engkau
di atas dosa yang ada pada engkau,
dan Aku tidak peduli.

''Hai anak Adam,
kalau telah sampai sekalian
dosa engkau ke awan langit,
kemudian itu engkau memohon
keampunan Aku,
nescaya Aku ampuni bagi engkau''

''Hai anak Adam,
sesungguhnya kalau engkau
datang kepadaKu dengan
kesalahan-kesalahan sepenuh bumi,
kemudian itu engkau menemui Aku,
padahal tiada engkau mempersekutukan
Aku dengan sesuatu,
nescaya Aku berikan kepada engkau
keampunan dengan sepenuh bumi"

 (HR Al-Tarmizi).

Wahai diri,
engkau jiwa yang baik, jiwa yang rindu, cuma engkau keliru,
mengapa masih terus menzalimi dirimu? sedangkan dirimu tidak berhak
untuk disakiti,
jasad dan rohmu anugerah terindah
dari Ilahi,
maka, mengapa sanggup melukai? engkau jiwa besar yang dikasihi Allah,
engkau jiwa hebat,
engkau jiwa kebal
yang lali pada ujian,
engkau sebenarnya bercita-cita tinggi,
lalu, mengapa pilih untuk
terus disakiti?

Jangan begitu wahai diri,
sungguh, engkau sentiasa
punya satu lagi pilihan,
iaitu kembali kepada
luasnya kehidupan bertuhan,
kembali berteduh di bawah
redup kasih Ilahi,
kembali kepada Dia.

Jangan takut wahai diri,
bukankah mereka bersamamu?
menyokongmu, memimpinmu
tika kau bertatih di jalan ini,
yang pasti engkau tidak sendiri,
kerana masih ada yang meyayangimu.

 ''Dan Allah yang mempersatukan
hati mereka (orang yang beriman).
walaupun kamu menginfakkan semua
(kekayaan) yang berada di bumi,
nescaya kamu tidak dapat
mempersatukan hati mereka.
Tapi Allah telah mempersatukan hati mereka.
sungguh, Dia Maha Perkasa,
Maha Bijaksana" (Al-Anfal:63).

Oleh itu,yakinlah dan kuatkansetiap langkahmu di jalan ini,
yakin Allah bersamamu
di setiap langkahmu.

"Dan janganlah kamu merasa
lemah, dan jangan pula bersedih hati,
kerana kamu paling tinggi (darjatnya)
jika kamu orang yang beriman.."
 (Al-Imran:139)


Saturday, 7 June 2014

Rindu Seorang Hamba


..(Ketika hati merindukan Tuhan )..
Ya Allah, Dalam tiap nafas yang aku hirup ada kerinduan yang mendalam kerinduan yang semakin membuat aku yakin akan kekuasaanMu..Ya Allah,bila aku sudah tidak boleh melihat mentari izinkan aku melihatMu  dengan segala keagunganMu..
Ya Allah jika hati ini lupa kekuasaanMu..ingatkan aku dengan caraMu agar aku tidak lagi lupa hadirMu dalam hidupku..
Ya Allah, angin terus berhembus membawa cerita2 alam..aku ingin cerita hidup aku penuh antara aku dan Engkau..
Ya rabbi...dan jika nafas ini sudah tiada lagi,jika mata ini sudah tidak lagi mampu melihat kuasaMu,jika tangan ini sudah tidak lagi mampu memohon padaMu,jika jantung ini sudah tidak lagi berfungsi..Maka, kembalikan aku padaMu dalam keadaan husnul khotimah temukan aku dengan Mu ya Rabbi..
Ya Allah tiap kali aku jauh dariMu namun Engkau selalu mengasihiku.. :')
tiap kali aku enggan menyapaMu Engkau selalu setia membiarkan mentari menyapa ku dan aku pula acap kali lupa akan hadirMu..
Ya Allah..
Dosaku terlalu banyak umpama buih..ada lagikah kesempatan untuk aku kembali kepadaMu? mencari jalan yang engkau redhai..
Ya Allah setiap kali aku menangis teringat dosa-dosaku..
aku malu...
malu dengan keangkuhan diriku padaMu..sementara Engkau selalu memberikan maaf atas salahku..
Ya Allah, Engkaulah yang menguasai hatiku,Engkaulah yang menguasai jiwaku,Engkaulah menjadi tempat ku berlindung..Ya Allah,jika aku lupa akan hadirMu maka ingatkan aku, Jika hati ini tidak lagi menyebutMu tegurlah hati ku,Jika aku enggan bersujud padaMu maka bimbinglah aku untuk kembali
Ya Allah..aku tidak pernah tahu bila batas akhir hidupku,aku tidak pernah tahu bila hati ini akan berhenti menyebut nama Mu..dan jika waktu itu tiba, aku ingin kembali kepadamu dalam keadaan husnul khotimah..
inilah kerinduanku padaMu,kerinduan seorang hamba yang mencari keredhaanMu..
bimbing hamba ya Rabb..
Amin ya rabbal'alaminn...


jika aku jatuh cinta


 Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..
 Ya Allah jika dia baik untuk agamaku,jagakanlah dia untukku..peliharalah dia sebagai mana kau pelihara aku
Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…
Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..
Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…
Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..
Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpadaMu…
Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu..

Amin….



 

Saturday, 1 March 2014

Menangislah Selagi Air Mata itu Untuk Allah

   

     Air mata yang mengalir kerane dosa2 terdahulu mampu menghapuskan dosa yg silam. Menangislah kita kerana telah menghabiskan usia muda dengan melupakan perintah2 Allah swt. Menangislah kita kerana selama ini kita membangun dan menghadapi kehidupan jauh daripada cara tuntutan agama. Menangislah kita kerana kita tidak menjadi seorang muslim yang menegakkan agama. Menangislah kerana selama ini kita tidak takut dengan balasan Allah terhadap perbuatan buruk kita tanpa kita sedari.
Menurut Ibnu Qayyim terdapat 10 jenis tangisan :
  1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati
  2. Menangis kerana rasa takut
  3. Menangis kerana cinta
  4. Menangis kerana gembira
  5. Menangis kerana menghadapi penderitaan
  6. Menangis kerana terlalu sedih
  7. Menangis kerana terasa hina dan lemah
  8. Menangis untuk mendapat belas kasihan
  9. Menangis kerana mengikut orang menangis
  10. Menangis orang munafik
Tangisan jugak mampu memadamkan api neraka iaitu tangisan kerana menginsafi dosa2 yang silam atau tangisan keran takut akan azab dna seksa Allah swt. “Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamakan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan kotor oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada sesuatu kaum menangis maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Dan sesungguhnya air mata mampu memadamkan lautan api neraka.”
Sebagai contoh, air mata taubat Nabi Adam as. Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit dengan hibanya kerana dosa yang telah beliau lakukan. Beliau bersujud dia atas gunung dan air mata beliau mengalir di jurang Serandip. Daripad air mata beliau Allah swt menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah swt mendengar dna menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu?“.

Tuesday, 4 February 2014

Kebaikan solat Tahajjud :')



                                                       KEAJAIBAN SOLAT TAHAJUD

“Jika matahari sudah terbenam, aku gembira dengan datangnya malam dan manusia tidur karana inilah saat hanya ada Allah dan aku.”

  Rasulullah Saw dan para sahabat selalu melaksanakan solat tahajjud. solat tahajjud adalah solat yang sangat mulia. Keajaiban melaksanakan solat tahajjud telah tercatat dalam al-quran. Ada beberapa keajaiban solat tahajud ..

-Solat Tahajud sebagai tiket masuk syurga ...

Abdullah Ibn Muslin berkata “kalimat yang pertamakali ku dengar dari Rasulullah Saw saat itu adalah, “Hai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, bagikanlah makanan, sambunglah silaturahmi, tegakkan lah solat malam saat manusia lainnya sedang tidur, nescaya kamu masok syurga dengan selamat.” (HR. Ibnu Majah).

  -Amal yang menolong di akhirat ...

Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada di dalam taman-taman syurga dan di mata air-mata air, seraya mengambil apa yang Allah berikan kepada mereka. Sebelumnya mereka adalah telah berbuat baik sebelumnya (di dunia), mereka adalah orang-orang yang sedikit tidurnya di waktu malam dan di akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah).” (QS. Az Zariyat: 15-18)

Ayat di atas menunjukkan bahwa orang yang sentiasa bertahajjud Insyah-Allah akan mendapatkan balasan yang sangat nikmat di akhirat kelak.

  -Pembersih penyakit hati...

Salman Al Farisi berkata, Rasulullah Saw bersabda, “Dirikanlah solat malam, karana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, (solat malam dapat) mendekatkan kamu kepada tuhanmu, (solat malam adalah) sebagai penebus perbuatan buruk, mencegah berbuat dosa, dan menghindarkan diri dari penyakit yang menyerang tubuh.” (HR. Ahmad)

-Sarana meraih kemuliaan ...

Rasulullah Saw bersabda, “Jibril mendatangiku dan berkata, “Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu, karana engkau akan mati, cintailah orang yang engkau suka, karana engkau akan berpisah dengannya, lakukanlah apa keinginanmu, engkau akan mendapatkan balasannya, ketahuilah bahwa sesungguhnya kemuliaan seorang muslim adalah solat waktu malam dan ketidakbutuhannya di muliakan orang lain.” (HR. Al Baihaqi)

  -Jalan mendapatkan rahmat Allah ...

Abu Hurairah berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Semoga Allah merahmati kaaum lelaki yang bangun malam, lalu melaksanakan solat dan membangunkan istrinya. Jika sang istri menolak, ia memercikkan air di wajahnya. Juga, merahmati perempuan yang bangun malam, lalu solat dan membangunkan suaminya. Jika sang suami menolak, ia memercikkan air di wajahnya.” (HR. Abu Daud)

- Sarana Pengabulan permohonan ...

Allah SWT berjanji akan mengabulkan doa orang-orang yang menunaikan solat tahajjud dengan ikhlas. Rasulullah Saw Bersabda,

“Dari Jabir berkata, bahwa nabi Saw bersabda, “Sesungguhnya di malam hari , ada satu saat yang ketika seorang muslim meminta kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah memberinya, Itu berlangsung setiap malam.” (HR. Muslim)


  -Jalan mendapat tempat yang terpuji ...

Allah berfirman,

“Dan pada sebagian malam bertahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” (QS. Al-Isra’:79)

  -Pelepas ikatan syaitan ...

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra
bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Syaitan akan mengikat kepala seseorang yang sedang tidur dengan ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang itu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka terlepaslah ikatan pertama, apabila ia berwudhu maka akan terbukalah ikatan kedua, apabila di solat akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasa bersemangat dan ketenangan jiwa, jika tidak maka dia akan malas dan kekusutan jiwa.”

  -Waktu utama untuk berdoa ...

Amru Ibn ‘Abasah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah! Malam apakah yang paling di dengar?”, Rasulullah Saw menjawab, “Tengah malam terakhir, maka solat lah sebanyak yang engkau inginkan, sesungguhnya solatwaktu tersebut adalah maktubah masyudah (waktu yang apabila bermunajat maka Allah menyaksikannya dan apabila berdoa maka didengar doanya)” (HR. Abu Daud)

  -Mendapat kesihatan jasmani ...

“Hendaklah kita bangun malam. Sebab hal itu merupakan kebiasaan orang-orang soleh sbelum kalian. Wahana pendekatan diri pada Allah Swt, penghapus dosa, dan pengusir penyakit dari dalam tubuh.” (HR. At-Tarmidzi)

  -Penjaga kesihatan rohani ...

Allah SWT menegaskan bahwa orang yang shalat tahajud akan selalu mempunyai sifat rendah hati dan ramah. Ketenangan yang merupakan refleksi ketenangan jiwa dalam menjalani kehidupan sehari-hari di masyarakat.

Allah Berfirman, “Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. Dan orang yang melewati malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.” (QS. Al-Furqan: 63-64)

Keajaiban solat tahajud sudah terbukti, maka bertahajudlah!

Mungkin masih banyak lagi keajaiban solat tahajud yang mungkin terlewat dari tulisan ini. Yang pasti solat tahajud merupakan solat yang baik sebagai ibadah tambahan bagi kita.

                                         


Subhanallah .. Solat tahajjud betul2 dahsyat untuk mendapat kebaikan dunia akhirat .. :')